RENCANA : ANTARA SOLAT DAN SEMBAHYANG

 

    OLEH

 YABHG    TUAN HAJI SAAT BIN HAJI SULAIMAN AL-MADANI

 

( https://ybsaat.blogspot.com/ )

 

  

  

 

  Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 

  Syukur kepada Allah SWT kerna kita hampir sampai ke tahun baru ,2022 Masehi.Covid 19 telah


 menyusahkan DUNIA sejak tahun 2020 lepas.

 

  Firman Allah SWT surah an-Nisaa’ ayat 103 ,

maksudnya “Maka dirikanlah solat ,maka sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas

orang-orang beriman yang tertentu waktunya”.

 

  Bangsa Melayu sebelum datangnya Islam adalah penganut Hindu mengikut sejarawan.Ada pula yang tiada agama,malah ada yang menganut agama Buddha dan

lain-lain agama yang menyesatkan.Itulah pendapat

sejarawan .

 

  Negara Champa menerima islam pada 900 Masehi ,manakala Melaka pula pada 1402 Masehi.Ada juga

sejarawan mengatakan Islam ke Melaka sejak tahun 1200 Masehi .Dikatakan Terengganu menerima Islam lebih

awal dari Melaka mengikut bukti Batu Bersurat iaitu 1282 Masehi.Kedah juga dikatakan menerima Islam seawal

tahun 1000 Masehi.

 

 

 

 

  Mengikut catatan sejarah China,orang-orang Arab telah sampai ke Sumatera pada 684 Masehi iaitu 62 tahun setelah Islam lahir di bumi Mekah.

 

  Manakala Khalifah Ma’mun ar-Rasyid ( mangkat 833 Masehi ) dikatakan menghantar 100 orang pendakwah ke nusantara untuk menyebarkan Islam.

 

  Raja Aceh ketika itu dikatakan menerima islam dan bermulalah penyebaran Islam di bumi Indonesia.Malah anak Raja Aceh dikatakan berkahwin dengan anak

Khalifah al-Ma’mun.

 

  Ada pula sejarawan berpendapat Islam ke Nusantara melalui China ketika zaman Khalifah Othman ibnu Affan r.a.Apabila China menerima Islam,ia disebarkan ke nusantara sebelum tahun 700 Masehi oleh pendakwah dari

China.

 

  Tiada tarikh yang tepat kedatangan Islam ke bumi Nusantara di mana majoritinya bangsa Melayu.

 

  Namun fakta sahih ialah sebelum memeluk

Islam,majoriti bangsa Melayu adalah penganut agama Hindu,Buddha,tiada agama dan sebagainya.

 

 

 

  Ini disepakati sejarawan dan banyak bukti kuil Hindu dan Buddha di Indonesia,Thailand,Filiphina,Champa dan lain-lain kawasan di Nusantara.Justeru memang benarlah Melayu dahulu kala menganut agama Hindu,Buddha dan sebagainya.

 

  Perkataan sembahyang di mana sembah ialah menyembah dan ‘yang’ ialah berhala mengikut bahasa Sankrit.Jadi ribuan tahun Melayu menggunakan

perkataan sembahyang dengan maksud sembah berhala.

 

  Apabila Islam datang ke nusantara,perkataan sembahyang digunakan ,hinggalah kini.Jika dahulu maksudnya sembah berhala,kini bermaksud menyembah Allah SWT.

 

  Namun persoalannya kenapa perkataan tersebut

masih digunakan sedangkan bangsa Melayu banyak

meminjam perkataan Arab seperti masjid,azan,tasbih,

sejadah dan sebagainya?Jika boleh meminjam perkataan arab lain,mengapa sembahyang tidak ditukar?Mengapa

tidak gantikan sembahyang kepada solat atau bersolat?

 

  Jika Melayu boleh meminjam perkataan

masjid,tasbih,sujud,sejadah,rehal,Quran,kiblat dan lain-lain perkataan Arab,mengapa sembahyang masih digunakan sedangkan ada perkataan alternatif iaitu SOLAT ?.

 

 

  Ketika Melayu masih beragama Hindu dan Buddha,apabila ditanya pergi mana?Mereka menjawab sembahyang kerana di kuil ada berhala.Maka maksud sembahyang yang dituturkan ialah sembah berhala di kuil.

 

  Yang ( Yhang ) memang bermaksud

BERHALA.Puluhan kamus dan enskopedia yang penulis temui,ianya bermaksud BERHALA.Maka sembah-yang ialah SEMBAH BERHALA.

 

  Islam sentiasa mengajak kepada kebaikan.Sebuah hadis sahih menceritakan Nabi SAW bertanya nama

kepada seorang sahabat perempuan dan wanita itu menjawab namanya ” ‘Aasiyyah” yang bermaksud

“yang derhaka”,lantas Nabi SAW menukar namanya

kepada JAMILAH yang bererti “Yang Cantik”.Itulah

kecantikan dan kemolekan Islam .Ini diceritakan dalam

buku IMAM NAWAWI rahimahullah dalam bukunya

bertajuk RIADUSUOLIHIN .Imam Nawawi meninggal dunia ketika usianya 44 tahun dan membujang ke akhir hayat namun bukunya dibaca berbilion manusia seluruh dunia hingga kini .Beliau rahimahullah menulis 40 muka surat sehari walaupun ketika itu tiada komputer dan

internet!.

 

 

 

Seorang sejarawan pernah berkata “Kemiskinan Imam Nawawi menyebabkan beliau berhenti menulis akibat

kehabisan dakwat.Sahabat-sahabat beliau mengumpulkan wang dan membelikan dakwat agar beliau boleh menulis tanpa henti siang dan malam.”

 

  Ketika pegawai-pegawai Khalifah menasihati Baginda

agar memenjarakan Imam Nawawi yang bergelar MUFTI ketika itu di mana enggan menandatangi surat

PERSETUJUAN MENGAMBIL HARTA RAKYAT

UNTUK KOS KETENTERAAN .

 

  Apabila mendapat warkah dari ISTANA,beliau

menjawab “Hawau punya KHALIFAH!istana kamu

berharga ribuan DINAR dan kamu makan mewah di

istana dan rakyat seperti aku dan lain-lain terpaksa ikat perut namun kamu mahu aku tanda tangan surat sampah ini!Pergilah ke Istana dan beritahu Baginda aku sanggup mati dari tanda tangan warkah ini!”.Tegas Imam Nawawi kepada pegawai istana yang datang ke rumahnya

membawa perintah Khalifah .Pegawai istana pulang ke istana dan berang serta memujuk Khalifah agar

menghumbankan Mufti ke penjara.

 

 

 

 

 

  Kata Khalifah “Aku malu dengan Nawawi.Dia tidak pernah meminta apa-apa pun dari BAITUL MAL atau

ISTANA.Anak-anakku adalah murid beliau.”

 

  Lantas Khalifah membatalkan perancangan

mengambil harta rakyat.

 

  Apabila sesuatu yang buruk dan memalukan,Islam menukar kepada kebaikan dan kecantikan serta keelokan termasuklah nama dan bahasa.Islam menggalakkan

PENAMBAHBAIKAN dan MUHASABAH sepanjang masa.

 

  Saidina Omar al-Khattab R.A seorang kaki botol,

menampar pipi kakak kandung dan sanggup membunuh anak sendiri berubah menjadi INSAN HEBAT dan

TERNAMA selepas memeluk Islam.Beliau adalah antara sepuluh sahabat yang telah disahkan masuk Syurga

ketika Rasulullah SAW masih hidup dan paling banyak menangis ketika membaca Quran dan solat tahajud.

 

  Ketika bergelar Khalifah setelah kematian Abu Bakar as-Siddik R.A ,Raja Rom ( kini ITALI )

memerintahkan dua panglima ketenteraan mencari Omar.

 

 

 

 

Apabila sampai ke sebuah masjid ,mereka mencari dan bertanya orang ramai.

 

  “Itulah Omar.....”.kata seorang sahabat sambil

 menunjukkan seorang lelaki sedang tidur di bawah

 pokok nan rendang.Pedang kelihatan di pinggangnya.

 

  Dua lelaki itu melihat dan termangu.Inikah

Khalifah Omar yang namanya menggerunkan Raja Rom ?

 

  Mereka menunggu Omar bangun dan bertanya

 

“Saudara inikah Khalifah Omar al-Khattab...?”

 

“Ya.....”jawab Omar ringkas.

 

  Lantas salah sorang bersyair setelah bertemu Omar .

 

“Rajaku dikelilingi tujuh lapisan pengawal keselamatan kerna takutkan mati.

 

Namun hari ini aku melihat seorang pemimpin sebuah kerajaan hebat sedang tidur di bawah pokok nan rendang tanpa pengawal keselamatan ...

 

 

(Syair amat panjang-di sini rimgkasan sahaja )

 

  Kedua-duanya pulang ke ROM dan

memberitahu Raja mereka siapakah SAIDINA OMAR AL-KHATTAB R.A .

 

  “Zasssssssssssssssssssssssssssssssssssssss!”.Pedang Raja memisahkan kepala dan badan keduanya.

 

Kenapa ?

 

  “Kami berdua telah memeluk Islam dan kami akan teguh hingga nafas terakhir,”kata mereka berdua dengan yakin di depan Raja Rom yang terkenal dengan angkuh dan JAHAT.

 

  Islam agama yang amat indah.Sebuah hadis SAW bermaksud “Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan”.

 

  Perkataan sembahyang yang digunakan ribuan tahun sepatutnya ditukar kepada solat dan bersolat.Solat adalah perkataan Arab yang ada dalam al-Quran dan hadis.Solat itu jelas menunjukkan makna yang benar,bukan seperti sembahyang yang bermaksud sembah berhala.

 

  Sampai bila kita mahu gunakan perkataan sembahyang sedangkan solat atau bersolat lebih baik dan indah?

 

 

  Kenapa masih mahu gunakan perkataan yang jelas menunjukkan kepada perbuatan syirik iaitu sembah

berhala? .

 

  Ketika Islam mula bertapak di Mekah,puluhan berhala di Kaabah dan kota Mekah. Apabila Nabi SAW dan para sahabat membebaskan kota Mekah,kesemua berhala

dihancurkan dan dibinasakan.Kota Mekah menjadi tanah haram ,tiada lagi orang bukan Islam dan berhala di tanah

haram hinggalah kiamat nanti .

 

  Islam adalah agama yang amat suci.Sejarah menunjukkan ketika islam memerintah Andalus

( kini Sepanyol) ,tiada penindasan berlaku dan bukan

Islam bebas mengamalkan agama.Andalus melahirkan

ribuan cendekiawan dan tokoh terkenal dan kesan

pemodenan Islam seperti Kota Al-Hambra dan

sebagainya masih wujud hingga kini.

 

  Apabila Salahuddin al-Ayubi rahimahullah menakluk Baitul Muqaddis,orang bukan Islam diberi pilihan sama ada kekal berada di Baitul Muqaddis dan taat kepada

pemerintahan Islam atau keluar dengan aman.

Tiada kejadian membunuh atau kezaliman berlaku.

Itulah kehebatan Islam.

 

 

 

  Ia amat berbeza apabila tentera Salib berjaya

menawan Baitul Muqaddis,di mana kanak-kanak,wanita dan orang tua dibunuh dengan kejam tanpa rasa

kemanusiaan dan simpati.

 

  Lihat sahaja kekejaman tentera Monggul menakluk

kota Baghdad, orang Islam dibunuh dengan kejam,malah

perpustakaan yang memiliki lebih 70 juta buku dibakar dan sungai Furat menjadi hitam akibat

kesan kebakaran kota Baghdad.

 

  Kisah-kisah yang dipaparkan bukanlah propaganda,

namun kisah benar mengikut sejarawan Islam,

Kristian,Yahudi,China dan sebagainya.

 

  Malah jika membuka Wikipedia sekalipun,sejarah yang disebutkan adalah sama dan ianya FAKTA.

Wikipedia adalah kamus moden menjadi rujukan

penduduk dunia termasuklah mahasiswa universiti!.

 

  Ketika dunia Islam era zaman keemasan,tiga

perempat dunia menganut Islam dan teknologi moden hari ini sama ada sains dan teknologi,kejuruteraan,

muzik,perakaunan,sejarah,bahasa,budaya dan sebagainya

diasaskan oleh Islam.

 

 

 

  Jutaan buku teknologi ditulis oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sina,Ibnu Battuta,al-Farasi,al-Farabi dan sebagainya.Jutaan cendekiawan dari Eropah dan China

 datang ke Baitul Hikmah ( Perpustakaan

terbesar zaman Khalifah,mempunyai lebih 70 juta buku )

untuk menimba ilmu teknologi dan pemodenan dan

memaksa diri belajar bahasa arab kerana buku-buku pada zaman tersebut ditulis dalam bahasa arab.

 

  Lihat sahaja buku al-Qanun Fittib karangan Ibnu Sina rahimahullah masih dibuat penyelidikan universiti

ternama seperti Oxford dan Harvard.

 

  Ini membuktikan buku-buku ilmiah karangan sarjana Islam masih laku pada abad ke 22 ini.

 

  Apabila Andalus ( kini SEPANYOL ) tewas kepada tentera Salib,mereka tidak membinasakan bangunan dan teknologi yang diasaskan sarjana Islam.Mereka akui

kebolehan sarjana Islam dan tokoh yang memajukan

Andalus hingga digelar Kota Ilmu di Eropah pada zaman tersebut.

 

 

 

 

 

 

  Pada majlis makan malam wartawan-wartawan

Amerika di New York pada tahun 90 an ,seorang

wartawan lelaki bukan Islam berdarah Amerika berkata

 

  “Pemodenan dunia hari ini adalah hasil sumbangan cendekiawan dan sarjana Islam.Kita tidak boleh

menafikan sumbangan mereka.Tanpa usaha dunia islam suatu waktu dahulu,kita takkan maju seperti hari ini ”.

 

  Hadirin yang mendengar ucapan wartawan tersebut bertepuk tangan mengiyakan kata-kata wartawan tersebut.

Inilah kisah yang disebutkan dalam majalah TIME .

 

  Ibnu Nafis rahimahullah contohnya telah menulis 600 buah buku tentang muzik dan pemodenan muzik hari ini adalah diasaskan oleh beliau.

 

  Manakala al-Khwarizmi sarjana Islam mengasaskan teori Algebra dan nama tersebut digunakan hingga kini pelusuk muka bumi.400 tahun sebelum Graham Bell

mencipta telefon,sarjana Islam telah mengasaskan

teori dan teknologi telefon,namun ianya tidak disebut

dalam buku sejarah moden demi menutup kebijaksanaan sarjana Islam.

 

 

 

 

  Wilbur Wright yang dikatakan pengasas kapal terbang

pertama dunia sedangkan ratusan tahun sebelumnya Ibnu Nafisi rahimahullah dengan ciptaannya dan berjaya turun dari bangunan tinggi dengan selamat dan gunung tinggi melalui hasil ciptaannya.

 

  Buku sejarah moden dikarang oleh sarjana yang mahu menunjukkan bangsa Eropah,Amerika dan sekufu mereka adalah bangsa yang hebat, pengasas pelbagai

teknologi,hakikatnya ianya palsu dan pembohongan.

 

  Memang menghairankan buku sejarah Malaysia masih mengambil fakta palsu dari sarjana ,cendekiawan dan

 sejarawan PEMBOHONG!Ibnu Sina ialah Bapa

Pemodenan Perubatan dan bukunya al-Qanun Fittib

diterjemahkan kepada ratusan bahasa dunia kerana tidak semua penduduk dunia memahami bahasa arab.Lawatilah MUZIM berdekatan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Di sana banyak FAKTA sumbangan sarjana dan c

endekiawan Islam terutama eza THE GOLDEN AGE OF ISLAM .

 

  Bahasa Arab menjadi bahasa antara bangsa dan

sarjana bukan Islam dari Eropah,China dan lain-lain

benua sanggup mempelajari bahasa Arab demi

mendalami ilmu teknologi.Itulah kehebatan bahasa

Quran.

 

  Jutaan penduduk dunia menganut Islam pada zaman keemasan Islam kerna kagum dengan keperibadian mulia penganut Islam serta kagum dengan teknologi yang

diasaskan dunia Islam.

 

  Ibnu Sina rahimahullah yang mengasaskan pembedahan dan pelbagai teori dunia perubatan.Pemodenan dunia

perubatan hari ini adalah hasil sumbangan Ibnu Sina dan sarjana Islam sebelumnya.Namun orang Islam sendiri

tidak kenal siapa Ibnu Sina berbanding Mr Bean,pelawak

terkenal melalui drama dan filem.

 

  Penjajah telah menjajah dunia Islam ratusan

tahun.Melaka dijajah pada 1511,manakala Champa hilang dari peta dunia pada tahun 1832 Masehi.Patani ,Aceh,

Jawa,Langkasuka dan lain-lain kerajaan Melayu telah

dijajah oleh Eropah ratusan tahun lampau dan mereka

telah merompak hasil kekayaan bumi nenek moyang kita.

Adakah kita mahu perkara ini berulang ?Adakah kita

tidak sedih bumi TEMASIK dan CHAMPA serta PATANI kini berada dalam jajahan negara bukan Islam ?

 

  Temasik kini menjadi Singapura dan Champa

bergelar Vietnam.Manakala Patani sudah menjadi

THAILAND.Kesemuanya TANAH MELAYU DAN KERAJAAN MELAYU ribuan tahun lampau.

 

 

  Dunia arab yang mengasaskan Khalifah dan melahirkan jutaan sarjana ditakluk oleh Perancis,British dan lain-lain.Ini berlaku kerana umat Islam leka dengan

kekayaan,kemewahan dan menganggap musuh

lemah dan tidak mampu menewaskan tamadun Islam.

 

  Apabila Khalifah Osmaniyyah runtuh pada 1924 Masehi,dunia Islam mula kucar kacir dan bersengketa.Khalifah yang bermula dari tahun 1517 Masehi berjaya dikalahkan musuh dan dunia Islam mula lemah dan

mundur.

 

  Negara haram ISRAEL lahir pada tahun 1948 dan tanah milik warga Palestin dijajah hingga ke isinya tanpa rasa simpati.Ribuan warga Palestin syahid mempertahankan bumi Palestin sejak negara haram Israel lahir pada 1948 Masehi.

 

  Bukanlah niat menukar sembahyang kepada bersolat untuk mengarabkan Melayu namun perkataan

sembahyang mempunyai makna yang tidak baik.

 

  Justeru sewajarlah ianya ditukar dan buku-buku yang

masih menggunakan perkataan sembahyang

dihapuskan.Didik bangsa Melayu menggunakan solat dan bersolat.Perkataan solat dan bersolat adalah lebih sedap dan enak didengar.

 

 

  Pada masa kini ramai orang Islam di Eropah,

Amerika dan sebagainya telah menukar “pray” kepada solat.Ini membuktikan mereka mahu menggunakan

perkataan yang ada dalam Quran dan hadis.Perkataan “PRAY” dalam bahasa Inggeris bermaksud DOA atau SEMBAHYANG.

 

  “Do u solat dawn?”

( Adakah kamu telah solat Subuh ?”)

 

  “Are you solat isyak already?”

( Adakah kamu telah menunaikan solat Isyak ?”

 

  “Solat Subuh is better than sleeping “

(Solat Subuh lebih utama dari tidur )

 

  Jika bangsa Melayu boleh menggunakan perkataan masjid,tasbih,sujud,tahajjud,doa,tasbih,sejadah dan lain-lain bahasa Arab dimelayukan,kenapa tidak boleh

menukar sembahyang kepada bersolat???.

 

 

 

 

 

 

 

 

  Malaysia dikenali dunia Islam sebagai negara Islam membangun yang banyak membantu dunia Islam.Ketika Bosnia dan Palestin diserang,Malaysia membantu dengan pelbagai cara.Malah apabila dunia ditimpa masalah

seperti gempa bumi di Jepun dan perang saudara di

Afrika,Malaysia tetap membantu walaupun bukan negara Islam.

 

  YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad ,Perdana Menteri Malaysia ke empat dan tujuh sering mengajak

negara-negara Islam bersatu agar menjadi sebuah dunia yang kuat dan saling bekerja sama.Namun suara beliau

dipandang sepi dan negara Islam yang kaya raya masih tunduk dengan ugutan dan nasihat Polis Dunia,Amerika.

Malah penulis telah menulis sebuah buku bertajuk

PERIBADI DR M pada tahun 2013 dan kini sedang

diterjemahkan kepada tiga bahasa utama dunia dan

dijangka siap padatahun depan untuk pasaran

antarabangsa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  Mengubah perkataan buruk kepada baik adalah JIHAD.Jihad tak semestinya melalui senjata dan

peperangan kerana jihad ekonomi,jihad penulisan,jihad menghapuskan kemiskinan,jihad memakmurkan masjid,

jihad mengekalkan adat dan budaya,jihad membasmi

penyakit serius,jihad membersihkan negara,jihad

memerangi dadah dan macam-macam jihad lagi.

 

  Manakala menukar perkataan sembahyang kepada bersolat adalah juga jihad.Walaupun jihad kecil,namun

ianya mempunyai makna besar dalam mengubah

perkataan buruk kepada baik.Bak kata cendekiawan,

“Merah itu SAGA,indah itu BAHASA”

 

  Sabda Nabi SAW bermaksud “Barangsiapa yang menjalankan sesuatu perkara yang baik,dia akan

mendapat pahala orang yang mengikutnya hinggalah

seterusnya”.Sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim

rahimahumullah.

 

  Tepuk kepala,tanyalah di mana iman .......???.

 

Wassalam .

 

1 NOVEMBER 2021 - 9.30 PAGI WAKTU MALAYSIA

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


YABHG TUAN HAJI SAAT BIN HAJI SULAIMAN

juga dikenali sebagai POK TEH oleh orang kampung

ialah seorang usahawan dalam pelbagai

bidang,PENULIS TEGAR,Blogger ( 700 blog++) ,

fasililator,trainer,pendakwah dan PEMIKIR BEBAS. 

Lulusan Universiti Islam Madinah ( Arab ) dan

Uitm ( Inggeris ) 


COPYRIGHT@ SAAT IN SULAIMAN 2021-9999 MASEHI  


  https://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/



Comments

Popular posts from this blog